Saturday, September 2, 2017

Sambutan Raya Kaamatan Peringkat Sekolah 2017

Selamat Hari Raya,
Hari untuk kita bersuka-ria,
Selamat kami ucapkan,
Untuk kita hingga sampai tahun depan..

Adik Nuranessa Syakira  Samad memotong kek harijadi ditemani ibubapanya dan guru-guru lain.

14 Julai lepas, satu sambutan hari raya dan pesta kaamatan telah diadakan di SK Senaja. Walaupun sambutan ini dibuat pada akhir-akhir bulan Syawal, namun kemeriahan tetap dapat dirasakan.

Hadiah-hadiah tiket bertuah yang disumbang dan disediakan sendiri oleh guru-guru

Tujuan sambutan serentak hari raya dan pesta kaamatan ini diadakan adalah untuk:

- memupuk perasaan muhibbah dalam kalangan murid yang berlainan agama dan kepercayaan.

- memberi peluang kepada murid yang kurang berkemampuan meraikan sambutan.

- merapatkan hubungan (guru dan murid), (guru dan guru), (guru dan AKP) & (AKP dan murid).

- memberi peluang kepada mana-mana warga sekolah yang ingin membuat kebajikan (sedekah).

Murid-murid sedang menanti sambutan dimulakan

Sambutan dibuat di makmal komputer sekolah dan dihadiri oleh semua warga sekolah. Segmen ucapan, bacaan doa, nyanyian lagu-lagu dan cabutan tiket bertuah menjadi penyeri suasana.

Tetamu jemputan dan warga sekolah mulai menjamah hidangan

Hidangan yang disediakan memang lazat-lazat belaka. Untuk makluman, juadah sambutan adalah berkonsepkan Potluck yakni setiap guru dan AKP dikehendaki membawa sajian yang ditetapkan.

Sebahagian warga sekolah mengambil kesempatan bergambar sebelum acara dimulakan

Begitu juga dengan hadiah-hadiah bagi tiket bertuah, merupakan sumbangan beberpa orang guru yang bermurah hati. Tiada sebarang wang sekolah yang terlibat dalam pengelolaan acara ini.

Tetamu jemputan terdiri daripada pegawai-pegawai PPD Pitas dan turut hadir Guru Besar SK Pekan Pitas (Encik Faizal Abdullah)

Wajah-wajah ceria di hari raya

No comments:

Post a Comment