Thursday, September 14, 2017

Minggu UPSR Di Sekolah


Hari Isnin..

Bermula hari ini (11 Sept) sehingga 14 Sept merupakan minggu UPSR. Murid-murid tahun 6 di seluruh negara akan diuji tahap pengetahuan selama berada di sekolah rendah.



Tahun ini, calon UPSR SK Senaja adalah seramai 8 orang (4 lelaki dan 4 perempuan). Guru-guru matapelajaran teras turut sama merasa debarannya.


Seawal jam 7.30 guru pengawas, seramai 3 orang sudah tiba menaiki dua kenderaan pacuan 4 roda. Maklumlah jalan masuk ke sekolah-sekolah di Sabah ni (terutama luar bandar) memang first class.


Pusat akses sekolah dijadikan sebagai bilik kebal sementara. Dua orang guru ditugaskan membantu pengawas (sekiranya diperlukan). Cikgu Ozlyn dan Cikgu Roy berrtugas mengikut giliran yang sudah ditetapkan.


Murid Tahun 1-5 (termasuk pra) diberikan cuti bergilir. Kelas Tahun 6 dijadikan sebagai dewan peperiksaan.

Oleh kerana minggu ni agak lapang (?), sekolah mengambil kesempatan melaksanakan beberapa projek kecil keceriaan. Ada yang menanam anak benih pinang merah ke dalam polybeg, menggaris padang untuk persiapan MSS Zon 6, sementara yang lain menanam dan mengecat tayar di sepanjang laluan masuk ke sekolah, mengecat pagar sekolah, menceriakan tandas sekolah, dan membina papan tanda 'selamat datang'.

InsyaAllah, (nanti kalau berkelapangan lagi) saya akan update untuk setiap satu daripada projek-projek kecil tersebut.

Kepada murid-murid tahun 6 - buat sehabis baik! Gud Luck.. Saya doakan yang terbaik untuk kamu di dunia dan di akhirat kelak Aamin..

No comments:

Post a Comment