Unit ICT

Unit ICT merupakan salah satu daripada unit yang aktif di SK Senaja. Asalnya terdiri daripada dua guru dan dua orang AKP. Namun, berikutan pemergian En. Samad Matasin ke rahmatullah akhirnya kini unit hanya mempunyai 3 orang ahli sahaja. Berikut merupakan carta organisasi bagi Unit ICT Sekolah Kebangsaan Senaja :

Pengerusi : Guru Besar
Tim. Pengerusi : GPK Kurukulum
GICT/GPB : En. Julmazli Dempollok
Tim. GICT/GPB : Ustaz Khairil Aizam Rosli
Juruteknik Komputer : En. Zamri Ahmad

Unit ICT SK Senaja : (kiri) En. Zamri Ahmad, (tengah) Ustaz Khairil Aizam Rosli, (kanan) En. Julmazli Dempollok dan (belakang) Allahyarham En. Samad Matasin.

Blog rasmi sekolah ini merupakan salah satu daripada inisiatif Unit ICT dalam memperkasakan lagi penggunaan ICT dan meningkatkan pembestarian sekolah. Selain itu, unit ini turut bertanggungjawab dalam pengurusan, penggunaan, peminjaman dan rekod-rekod bagi Makmal Komputer, Pusat Akses, peralatan-peralatan ICT sekolah (termasuk VSAT dan OCPE) serta media-media sosial sekolah.

No comments:

Post a Comment