Thursday, August 31, 2017

Lawatan Kontraktor Penyenggaraan ICT Bersama PKG Pitas

09 Ogos 2017, sekitar jam10.37 pagi..

SK Senaja dikunjungi pelawat yang memang ditunggu-tunggu oleh Unit ICT sekolah. Rombongan tersebut, tidak lain dan tidak salah lagi memang lawatan daripada wakil kontraktor penyenggaraan peralatan ICT.


Tujuan rombongan tersebut (yang ditemani oleh wakil daripada PKG Pitas) adalah dalam rangka membuat semak bantu sekolah-sekolah yang terlibat. Ini termasuklah sekolah ini. Kehadiran wakil-wakil kontraktor tersebut disambut mesra oleh Unit ICT.


Menurut wakil kontraktor, peralatan yang rosak teruk akan diganti. Sementara peralatan yang rosak sedikit akan mendapat peruntukan penyenggaraan daripada KPM. Antara dokumen yang mesti disediakan oleh Unit ICT untuk melayakkan sekolah menerima manfaat tersebut termasuklah KEW PA.2, KEW PA.9 dan Borang PPP. Paling musatahak, aduan kerosakann hendaklah dikemukakan pihak sekolah kepada kementerian melalui portal STS.


Alhamdulillah..

Setelah segala dokumen dan keperluan untuk proses penggantian berjaya disediakan, kini sekolah hanya perlu menunggu ketibaan hari yang bahagia tersebut. Hihi..


Harap-harap peralatan ICT tersebut selamat sampai menjelang bulan Oktober 2017 (seperti yang dijanjikan oleh wakil kontraktor). Terutamanya Projektor LCD yang amat diperlukan oleh sekolah. Sukar melaksanakan sebarang aktiviti sekolah yang melibatkan tayangan slaid atau multimedia tanpa alat tersebut.

No comments:

Post a Comment