Profil Sekolah


Sekolah Kebangsaan Senaja (XBA5215) atau lebih dikenali sebagai SK Senaja merupakan sebuah sekolah rendah di negeri Sabah. Terletak di Daerah Pitas dan berada di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Pitas. Berstatus sekolah Luar Bandar dan dikategorikan sebagai sekolah Gred B.

Sumber bekalan elektrik sekolah ini ialah 24jam 1 fasa/SESB. Bekalan air ke sekolah ini pula diambil daripada air hujan yang disalurkan ke tangki-tangki yang disediakan. Sekiranya hujan lama tidak turun, pihak sekolah akan menggunakan pam eletrik untuk menyalurkan air sungai Bengkoka ke dalam tangki simpanan.

Bahasa pengantar utama ialah Bahasa Melayu, sementara bahasa pilihan diajar di sekolah ini ialah Bahasa Arab. Mempunyai bilangan enam bilik darjah dan satu bilik darjah prasekolah. Beroperasi satu sesi yakni hanya sesi pagi sahaja.

Sehingga 2017, bilangan guru yang bertugas di sekolah ini ialah seramai 19 orang. Daripada jumlah itu, hanya 18 orang yang berada di sekolah manakala 1 orang guru pula dipinjamkan ke PPD Pitas untuk ditugaskan sebagai Penyelia Pendidikan. Bilangan AKP seramai 3 orang terdiri daripada kerani N19, Juruteknik Komputer FT19 dan Pembantu Pengurusan Murid N19.

No comments:

Post a Comment