Tuesday, September 5, 2017

Program Kecemerlangan UPSR 2017 Bagi ZOn 6

Pada 15, 16 dan 17 Ogos lepas SK Senaja telah dipilih menjadi tuan rumah bagi program bagi PLC ZOn 6. Untuk pengetahuan pembaca, sekolah-sekolah di daerah Pitas dibahagikan kepada 6 zon pendidikan. Zon 6 terdiri daripada SK Pekan Pitas, SK Pekan Pitas II, SK Bawang , SK Bangkau-Bangkau dan SK Senaja.

Muka depan buku aturcara program

Program Kecemerlangan UPSR 2017 bagi ZOn 6 itu diberi nama 'Sifar Gred E'. Pelajar sasaran ialah murid-murid lemah yang memperolehi 3 gred 'E' ke atas dalam ujian percubaan UPSR lepas. Objektif utama program adalah untuk mengurangkan perolehan gred 'E' murid-murid terlibat dalam UPSR 2017.


Peserta program menunjukkan sijil penyertaan yang diperolehi

Hasil persetujuan mesyuarat, setiap sekolah dikehendaki menghantar 10 orang peserta. Malangnya, disebabkan pertindanan program maka SK Pekan Pitas II terpaksa menarik diri di saat-saat akhir.

Peserta sedang berbaris menerima sijil penyertaan masing-masing

Program ini berlangsung selama 3 hari berturut-turut. Program dimulakan pada jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Tenaga penceramah pula diambil daripada guru-guru cemerlang di daerah Pitas bagi setiap subjek teras (BM, BI, Matematik dan Sains). Terima kasih diucapkan atas sumbangan yang diberikan.

Guru Besar SK Senaja menyampaikan cenderakenangan kepada Tuan Pegawai Pelajaran Daerah, Encik Ghani Haiyun

Pada sekitar jam 3.00 petang, 17 Ogas, perasmian penutupan program telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Pitas, Encik Ghani bin Haiyun. Penyampaian sijil penyertaan, cenderahati kepada para penceramah, cenderamata kepada perasmi dan ucapan perasmian penutup mengisi majlis berkenaan.

Puan Rasimi Linggang (Penceramah BM) menerima saguhati

Adalah diharapkan agar peserta mendapat impak yang positif, teknik yang bertul, kaedah berkesan serta suntikan semangat seperti yang dihasratkan daripada penganjuran program ini.

No comments:

Post a Comment