Friday, September 8, 2017

Jadual Pengagihan Program Susu 1Malaysia (PS1M)

Setiap Isnin dan Rabu..

Beginilah rutin mingguan GPK HEM, Pn. Dg. Jainah Pg. Ahmad sibuk mengagihkan bantuan susu di bawah Program Susu 1Malaysia. Beliau sering menegaskan kepada murid-murid agar merasa sedikit terlebih dahulu, jika susu masam, jangan minum dan laporkan kepada guru bertugas.

GPK HEM sedang mengagihkan susu kepada murid-murid


Setiap murid-murid SK Senaja (yang layak), diberikan dua kotak susu (200ml) berperisa coklat. Khabarnya, sebelum saya masuk sekolah (sebelum tahun 1990) terdapat susu sekolah berperisa jagung dan berwarna kuning (diceritakan oleh kakak) tapi tak sempat merasanya. Susu perisa asli (yang berwarna putih tu) sempat la. Sayangnya, kini hanya tinggal perisa coklat saja.

Murid-murid sedang menikmati susu 1Malaysia di bawah pengawasan guru

Panduan minum susu 1Malaysia senantiasa dipatuhi oleh pihak sekolah dalam menguruskan program ini. Antaranya :

1. Basuh tangan
2. Guru mesti bersama murid ketika susu diminum
3. Pastikan kotak tidak kembung / kemek / bocor
4. Semak tarikh luput
5. Goncang pek susu
6. Jika susu masih elok, minum sehingga habis
7. Jangan simpan baki susu yang sudah diminum
8. Buangkan kotak ke dalam tong kitar semula

Setiap seorang mendapat 2 kotak

Untuk pengetahuan pembaca, dahulunya dikenali sebagai Program Susu Sekolah (PSS), namun pada 9 Julai 2010 program ini dimulakan dengan penjenamaan semula di bawah nama Program Susu 1Malaysia (PS1M). Program ini sudah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak 1983 (tahun saya lahir hehe..). Ianya merupakan sebahagian daripada Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang bertujuan untuk menggalakkan amalan minum susu di kalangan murid-murid sekolah rendah di Malaysia.

Membantu guru membuka kotak susu

Objektif utama PS1M ialah untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah melalui pemupukan tabiat selalu / sentiasa minum susu.

Murid-murid berbaris untuk menerima susu 1Malaysia

No comments:

Post a Comment