Thursday, September 7, 2017

Projek Keceriaan Pondok / Post Pengawal Keselamatan

Nama projek : Cadangan Mengecat Pondok/Post Pengawal Sekolah Kebangsaan Senaja, Pitas.


Projek ini adalah salah satu aktiviti Jawatankuasa Unit Keselamatan, Kesihatan, dan Kebajikan (3K) dengan kerjasama Unit ICT SK. Senaja, Pitas bagi tahun 2017. Pada masa yang sama, semangat kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat menceriakan lagi SK. Senaja, Pitas.



Pondok pengawal terletak di sebelah kanan pintu masuk sekolah. Ia merupakan post kawalan keselamatan utama sekolah. Seorang pengawal keselamat sentiasa ditempatkan di bangunan ini selama 24 jam sehari. Pondok pengawal merupakan bangunan penting di sekolah memandangkan pondok pengawal merupakan infrastruktur pertama yang akan dilihat oleh pelawat sekolah yang terdiri daripada ibubapa, kakitangan PPD, Nazir, Syarikat Swasta, masyarakat setempat dan lain-lain.


Tanggapan pertama pihak luar berkait rapat dengan penampilan pondok pengawal. Pondok pengawal ini boleh dikatakan membawa imej sama ada positif atau negatif pihak luar terhadap sekolah. Oleh hal yang demikian, Unit Keselamatan (3K) dan Unit ICT berpendapat bahawa amat perlu pondok pengawal ini dicat bagi tujuan di atas.


------

Sabtu. 5hb Ogos 2017..

Setelah kertas kerja yang diajukan seminggu lebih awal kepada pihak pengurusan sekolah diluluskan. Akhirnya, pada hari sabtu yang agak hening di Kampung Senaja sedikit kecoh akibat kerja-kerja mengecat pondok pengawal keselamatan.


Warna hijau 'tropicana' dijadikan cat utama, sementara bebingkai, tetingkap dan tetupai pondok dicat dengan warna 'Sunrise' yang agak garang dan menyerlah. Kerja-kerja mengecat dibuat sehingga jam1.00 petang pada hari pertama. Menjelang hari kedua (Ahad), semuanya siap untuk menanti ketibaan murid-murid dan pelawat sekolah pada hari esoknya.


Tenaga kerja - 4 orang pengawal keselamatan sekolah (merekalah yang paling bertungkus-lumus), 4 orang guru dan seorang pekerja pembersihan.

Alas perut - nasi goreng kampung (sumbangan peribadi guru) dan minuman botol (juga sumbangan peribadi guru).

Keperluan projek - disebabkan sekolah kekurangan wang, maka atas perbincangan, 3 tin cat (cat hijau tropicana disumbangkan secara oleh peribadi Guru 3K, cat merah 'Sunrise' disumbangkan secara oleh peribadi Guru ICT, cat putih 'undercoat' disumbangkan secara peribadi oleh Guru Besar). Peralatan (berus, roller dan thinner) pula merupakan gunasemula (reuse) daripada projek keceriaan pagar beranda sebelum ini.

Apa pun kekangan-kekangan yang dihadapi, bukanlah menjadi penghalang kepada penerusan projek ini..

No comments:

Post a Comment