Monday, August 28, 2017

Program Ihya Ramadhan 1438H

Bulan Ramadhan Al-Mubarak..


Bulan Ramadhan lepas, seperti sekolah-sekolah lain turut lakukan. Panatia Pendidikan Islam dengan kerjasama Panatia Bahasa Arab mengadakan Program Ihya Ramadhan 1438H. Program ini dirancang dalam usaha menyemarakkan lagi bulan Ramadhan yang benuh berkah ini.

Ustaz Khai dan Ustazah kalsom menjadi tulang belakang penganjuran dan pelaksanaan program ini. Diadakan selama seminggu bermula 13 Jun - 16 Jun 2017. Seramai 23 orang murid terlibat program ini (murid beragama Islam Tahun 1- 6). Masa program ialah pada waktu rehat yakni bermula jam10.20 - jam10.50 setiap hari.


Program dibuat di Makmal Komputer yang tidak mempunyai bekalan elektrik itu (kenapa tiada elektrik? Nanti akan diterangkan dalam sebuah post blog yang lain). Pelbagai aktiviti dibuat sempena program ini antaranya ceramah Ramadhan, tilawah, belajar doa-doa dan sebagainya.


Tahniah diucapkan kepada panatia yang terlibat. Semoga program tersebut berjaya memberikan impak yang besar dalam membentuk akidah dan iman para pelajar.




No comments:

Post a Comment